Ya...kini aku menginjak ke tahun 2011..tahun yang bakal melengkapkan setahun setengah aku menuntut di Menara Gading..Perjuangan harus diteruskan..sebagai ahli Psikologi...aku harus berusaha...yah!!! semangat macam itu la yang kita inginkan...insyaaallah... (n_n)...
Masuknya tahun 2011, pelbagai cabaran yang baru bakal ku tempuhi...karenah pensyarah yang baru ku temui, tuntutan tugasan yang mula membukit, program-program yang bakal ku ikuti sepanjang semester ini...ya...semata-mata untuk menjadi seorang pelajar yang berilmu, beramal, berbakti untuk diaplikasikan dan di kongsikan..bukan untuk dipelajari semata-mata dimana apabila berakhirnya semester yang diduduki, subjek yang lalu dilupakan begitu sahaja.. pendekatan sebegitu sememangnya salah untuk di guna pakai... kini aku menyedari, aplikasi itu hanyalah kehendak material semata-mata, bak kata puan Siti Halimah Putung di kelas Titas siang tadi.. tapi, aku bersetuju dengan pendapat yang di utarakan oleh beliau.. kerana, sama seperti nawaitu ku pada permulaanya..hanya untuk lepas, dan berjaya memperolehi helaian ijazah, tanpa mempunyai kualiti tersendiri...ternyata salah... insyaallah, aku akan melakukan yang terbaik, dan menjadi seorang ahli Psikologi yang berguna untuk masyarakat dan negara..insyaallah..
Hari ini tanggal 20hb Januari, bersamaan 57 hari lagi menuju ke peperiksaan akhir ( jika di tolak cuti umum dan hari sabtu serta ahad ). aku melayari hari ku dengan amat baik sekali, sungguhpun megejar kelas, sebab tutorial pada hari ini berlanggar, dari jam 9 - 10, 10 - 11, 11 - 1,dan 2 - 4... sungguh berkejar, tapi semata-mata untuk menggali ilmu yang tak pernah kita ketahui pun selama ini..alhamdulillah... (n_n).. tapi sedar tak sedar,masa cukup singkat untuk ku lalui..betapa mahalnya harga masa, kerana itulah kita perlu menghargainya..
Hari ini juga, aku telah mendapat kumpulan untuk membuat tugasan..alhamdulillah...untuk kelas kaedah peyelidikan ahli kumpulan yang aku masuki nampak gayanya menunjukkan respon yang positif apabila setiap ahli kumpulan memberikan kerjasama yang cukup memberangsangkan...kemudian, ahli kumpulan bagi personaliti dan perbezaan individu pula, masih belum pasti kerana ahli yang tidak mencukupi. tetapi, mungkin tidak mengapa, kerana ada pelajar yang belum mendaftar tutorial lagi..pasti masalah itu dapat di tangani pada kelas yang akan datang, insyaallah..
Sungguhpun demikian, banyak lagi cabaran yang bakal ku tempuhi..insyaallah...aku mampu tempuhi dengan penuh kesabaran dan keikhlasan..insyaallah...amin...