Alhamdulillah.. saat ini..ketika ini.. tiba-tiba terdetik hati untuk membuka blog lama ku. Aku kira sudah terlupa 'password' & email yang aku gunakan untuk blog ni, tapi rupanya aku masih ingat. Ternyata detail sekali penggunaan keselamatan aku tu. Apa pun, angkara segelas hangat Neslo di restoran tadi bersama keluarga kakak ku, mata ku tak bisa di lelapkan dengan begitu mudah. Maka terdetik la sang hati untuk mengarang dan menukilkan rasa melalui bait-bait kata yang puitis lagi indah(lahh sangat)..hihi..
Masa pantas berlalu, sekarang di penghujung tahun 2016. Count down to 2017 hnya beberapa hari lagi. Ketika ini, aku baru merasa dalam 2 minggu berumur 26 tahun.. x lama lagi sudah di anggap 27 tahun..tergamaknya mereka..hehe..tapi sememangnya begitu. Alhamdulillah.. pada ketika ini, diri ini telah separuh dimiliki oleh jejaka yang tampan lagi kacak, tak lekang dek mata terpandang2 walau pun secara physicaluly jauh beratus batu, tapi di hati macam sebla2 seja dekatnya. Jodoh tu Allah yang tentukan. Sungguh tak ku sangka, tapi ini lah kebahagiaan yang ku rasakan. Perancangan Allah itu maha hebat. Semoga segalanya Allah permudahkan untuk ku. Amiin..
Berkenaan dengan Count down...mesti semua sinonim dengan perkataan 'Azam'.. Azam.. azam..azam.. bukan alakazam, bukan la jugak encik Azam..(maaf bagi sesiapa yg bernama Azam, semamangnya anda penuh dengan azam yang berkobar2..huhu..maaf melawak yang tak berapa nak lawak).. well.. bagi aku, azam yang lepas masih belum tertunai.. tapi sekurang2nya, sesetengah perkara yang aku idamkan kini aku peroleh dan bersyukur selalu.. Alhamdulillah..tinggal apa yang perlu untuk aku lengkapi dalam hidup dan misi yang baru untuk ku capai.. Apakah itu? Kita semua miliki impan yang sama. Secara tipikalnya. Tiada sebarang beza, cuma ada lekuk dan simpangnya sedikit kerana masing2 kita membawa dan melalui laluan yang berbeza2. Itu yang indahnya, bila kita mampu sedar kekurangan dan kelebihan diri. Maka, begitu lah kehidupan..
0 comments:
Catat Ulasan