BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 22 Januari 2011

Sejenak rasa...

  Dingin hari ini membantutkan segala niat ku untuk melakukan tugasan harian..hari ini, hari untuk berehat..berehat untuk berjalan-jalan di bandar, atau ke kuliah. Pagi ku bermula dengan kedinginan, dingin itu cukup menyegarkan, tapi terlalu membuai mata andai terlalu di layan. Lantas ku bangkit dan menghirup bayu yang segar di pagi hari.

 Hari yang berlalu seakan perlahan, tapi tanpa kita sedar masa itu berjalan dengan pantas, tanpa menoleh kita di belakang. ya..kita yang tertinggal mula terpinga-pinga dan tertanya-tanya. Apa yang sudah kita laksanakan, kita lakukan, kita selesaikan untuk diri kita. Kita pasti kah dengan apa yang kita fikirkan? sudahkah kita selesaikan segala tugas dan amanah? atau.. ada yang kita terlupa. begitulah hendaknya manusia. Na'uzubillah hi minzalik.. Jangan lah kita terbawa-bawa ke dunia kita sendiri dan tertinggal di belakang. Pastikan diri kita melakukan yang terbaik. Apabila kita merasakan kita mula lalai, muhasabah diri. 

Umumnya, manusia itu mempunyai tahap motivasinya masing-masing. Tetapi, tahap ini pandai berubah-ubah, tiada yang statik. Justeru itu, kata-kata pendorong, ruang masa untuk muhasabah diri amat lah perlu dalam diri manusia sebagai pendokong, dan pencetus semangat agar diri tidak mudah berputus asa apabila memikul beban amanah dan tanggungjawab. kenapa aku mengatakan sedemikian? kerana diri ku sendiri merasakan hal yang sama, sebagai manusia biasa. Lebih-lebih lagi di zaman yang penuh dengan alatan teknologi yang canggih, andai seseorang itu tahu memanfaatkan kegunaannya, dia mampu mengawal dirinya agar tidak menjadi leka. tetapi bagaimana dengan seseorang yang tidak mampu mengawal diri? pasti terleka dengan arus kemodenan yang makin memuncak hebatnya. 

Demikianlah hidup, terpulang pada diri masing-masing bagaimana mereka mengemudi layar yang telah di lepaskan. Insyaallah, kita dapat melalui kesukaran hidup ini. Cuma kita perlulah sentiasa beringat dan jangan mudah terleka, kembali kepada nawaitu kita. Tidak kira kita memikul tanggungjawab sebagai pelajar, pekerja, majikan, dan sebagainya. Insyaallah ..