BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 7 Februari 2012

Bertindik Di Lidah Boleh Menyebabkan Otak Membengkak

Dahulu, kita hanya tahu fesyen bertindik hanya di telinga sahaja, tapi kini hampir semua bahagian di tubuh boleh ditindik. Tetapi jika anda ingin bertindik di lidah, cubalah fikir betul-betul sebelum bertindik.
Maklumat daripada pihak doktor mengatakan bahawa jika anda bertindik di lidah boleh meningkatkan risiko masalah otak membengkak. Arkib Neurology melaporkan bagaimana seorang lelaki berusia 22 tahun meninggal dunia akibat mengalami otak membengkak selepas beberapa minggu menindik di lidahnya.
Doktor lelaki dari Israel tersebut telah memberitahu bahawa terjadi jangkitan yang boleh merebak ke dalam aliran darah yang boleh membahayakan otak. Beberapa pakar mengatakan tindikan yang dilakukan di lidah lebih kerap menyebabkan gigi patah dan jangkitan mulut, tetapi kadang-kala turut memberi risiko kepada masalah jantunga.
Walaupun mempunyai risiko yang cukup mengerikan, menindik lidah tetap menjadi popular. Tambahan pula ia turut disokong oleh beberapa selebriti yang bertindik di lidah seperti Mel B Spice Girl dan ramai lagi. Namun sebaiknya anda harus berfikir berkali-kali sebelum memutuskan untuk mengikuti trend yang ada.
“Terdapat banyak potensi komplikasi jika melakukan tindikan lidah, mulai dari rasa sakit dan bengkak, bahagian mulut yang tercalar, gigi patah atau juga menderita akibat hakisan gusi dan pendarahan yang berpanjangan,” ujar Profesor Damien Walmsley, seorang penasihat saintifik dari British Dental Association, seperti dipetik dari BBC news.
Walmsley juga menambah bahawa bertindik di bahagian oral mempunyai risiko jangkitan yang cukup besar. Mesej yang paling penting adalah bertindik di kawasan oral sebaiknya dielakkan. Masalah yang berkaitan dengan tindikan di badan biasanya disebabkan oleh kebersihan yang tidak terjaga semasa prosedur penindikan dan rawatan di rumah yang tidak diperhatikan.
Seorang profesional piercing mengatakan jika menjaga kebersihan yang betul serta tepat dalam melakukan tindikan boleh mengelakkan komplikasi berlaku bagi pengguna yang menindik.

0 comments: