Ahad, 29 April 2012
~Family day 2012 IO~
Family Day IO di Tanjung Aru Beach
21 April 2012 lepas kelab Psikologi Industri dan Organisasi ada anjur Family Day tuk Junior tahun 1 batch 2011/2012..
> Have fun juga, sbb kali ni dapat mandi pantai puas2..huhu
>Junior juga suma sporting2, so mmg agak best..tapi..ada juga yang x bestnya dorg..sesetengah jak la..huhu
>kali ni kali kedua ak ikut Famili day..yala..sebagai sokongan tuk ketua, "Sing"..hehe
~IO The BesT!!!~
Posted by Pelangi Jingga Ku at 7:12 PG 0 comments
Musim APK yg SIBUK!!!
Assalamualaikum & salam sejahtera..
Sekian lama x Update blog..Busy memanjang (kunun)..hehe..xda la, xda peluang pun nak sentiasa update, banyak cerita yang nak di share, tp bila da sibuk ngan macam2 tugasan, macam da x cukup tangan nak buat suma keja kan? Moral of the story: urus la masa dengan baik..baru dapat buat kerja dengan fluent..kan??..huhu
So, pokok cerita kali ni..ak sibuk dengan APK..aaaa..memang memenatkan la..untuk pengetahuan korang suma, APK ni singkatan kepada Asas Pembudayaan Keusahawanan..naa..kalu da keusahawanan ni usaha ke arah berbisness2..adehh..ak cukup x berbakat dlm bisness2 ni..tp oleh kerana MARKAH!!!! ak relakan la diri..kan..kita orang di bahagikan kepada group2..so dlm group ak ada 12 orang..emmm...yang memenatkannya ialah...saya yang in charge tuk benda kreativiti..kreativiti??yaa..abis terluah semua kreativiti saya dalam Subjek ini. Cakap pasal kreativiti ni, produk syarikat kami ialah FRAME ngan MPB (Multi Purpose Bag)..hahaha...
naaa...ni la nama syarikat ku..DECOTIVE Tm...huhu..Frame yang kami jual pla mcm2 bentuk, comel2, n cantik2..mcm nk buat hantaran pun bleh juga tu..huhu..alhamdulillah tempahan bleh tahan juga, tp aaaa...membuatnya yang x tahan..hehe..sbb payah..kkena potong kotak, main gam2..produk kami ni 90% dari kain..bingkai ja dari kotak..alaa...macam produk mesra alam la gitu..huhu..
Ni produk pertama, agak banyak sambutan juga..sbb comel..ak namakan TEDDY..ada rupa mcm teddy ka?mcm kucing ada la kan?hehe..xpala..ok juga ba kan..mcm2 warna da ku buat, tapiyg dorg nak banyak kaler coklat ni, ada juga yg spesel tempahan nak panda, jadi ak buat la mcm panda..huhu..comel sgt..huhu
Ni pla, mcm nk buat hantaran..hehehe..kalu sapa2 nak buat hantaran, tmpat letak duit hantan gituuu..bleh la ya kontek2 saya di talian 013 -------..hehehe...tempahan bleh di buat sekarag..jan terlepas!!! (kunun)..hahaha..tapi frame jenis ni mmg amat menarik perhatian ramai org..ni la yg paling banyak tempahan..adess..penat juga la nak membuatnya..sbb dia terdiri daripada beberapa layer yg di lapis, demi selapis..macam kek lapis...hehehe..xda maknanya..tpi,ok la stakat ni..
ini pla..emm..bleh dikatakan ok..sbb kiut..(ceh, mcm memuji produk hasil sendiri pla kan..haha) tapi ni ketiga paling banyak tempahan..top 5 la mcm tu kann..hehe..
Kesimpulannya, Ekspo start 4hb May 2012 smpai la 7hb May 2012..ak x tau la mcmna nak buat tuk jualan ni,insyaallah dapat siapkan produk yg bleh dijual tuk hari ekspo nanti..group ku pun bgg kerjasama yang baik juga stakat ni, cuma ada bbrapa ahli yg nak ak cekik2..hehe..xla juga, still bole d bwa besabar llagi..huhu..tapi mudah2an sumanya bejalan lancar n suma produk dapat dihabiskan..last skali capai titik pulang modal..tu yang paling penting..huhu
Posted by Pelangi Jingga Ku at 6:49 PG 0 comments
Jumaat, 6 April 2012
The Best Moment EVER in Our Life
Assalamualaikum.. pembuka kata.. (n_n)
hari ni the best moment ever with my BFF..
huhu..
sebenarnya kami ri ni buat tugasan tuk task analysis for ERGONOMIC,
so..kami kena la gunakan bahan2 yg mmg "ergonomik" tuk buat Kek Batik
(bukan guna ricecooker ok), huhu..jd nak gunakan dapur yg tulen lagi asli,
kena la kami meminjam dapur sebenar..dapur sapa? belanga sapa?
dapur rumah akak yg pernah aku ngan raudah sewa,
rumah kak dayang..huhu..My sweets akak..
but, lot's of joy happened today actually..
mula2 nak pi rumah akak hujan lebat..ak ngan mell begegas nk pi umah akak,
smentara yg len da pi awal rumah akak,
kami bedua tepaksa menempuh hujan yg lebaaattt sgt..makin lebat,
makin besar gelak kami bedua..sampai la kuyup..da smpai rumah akak da basah2..huhu
then, bila da smpai umah..barang2 yg d perlukan tuk buat kek x d bwa,
kena la patah balik pi kolej amik brg2..huhu..tp turn yg len pla, bb aku ngan mell da basah kuyup..
so, ezah ngan raudah kena patah balik..
dalam jam 5.30pm baru kita start sediakan bahan, n start lantik tugas..
tugas?? ehehe..ri ni katty ngan kak long join jugak.maknanya tambah gamat la kan?
so, di lantik la tugas scra x rasmi kan..chef utama Mell, photographer Eza, tukan record Katty, pembantu 1 Kak Long, pembantu 2 Raudah, pembantu 3 aku laa..Siti..
then bermula la episod bergelak2 di depan dapur memasak..
mell smbil "kacau2 butter,koko,milo yg d masak..masuk kn susu pekat..sterusnya kacau2 hingga sebati n masukkn pecahan biskut Marie"..emmm...bau menusuk perut..(da lapar la gamaknya)..hehe
katty menjalankan tugas merekod aksi2 di depan dapur.."dari Fasa 1, smpai Fasa 3"
hehehe..
smpai la saat bila kek da siap..giliran Kuih Cempedak pula ambil tempat..
akak kepingin nak makan cucur cempedak,jadi dia nk goreng n makan sama..
*she is so lovely ever after
so..aku tlg goreng smentara tunggu nk minum ptg n kengkawan yg len pla sediakan air tuk minum..
tpi, sesi phothoshoot x abis g,..hehe..beramai2 amik gmbr bersama kek batik yg menjadi n DeliciOus..huhu
bila da siap,cucur cempedak di hidang bersama..
so sweet..(n_n) <3
pastu smbil minum ptg, bertukar cerita..
oya, akak pun share crita waktu dia travel kat jakarta..n merasa sedikit oleh2 yg akak bawa dri IndoNesiA..so sweet..
huhu..ak bila lak bleh travel? insyaallah..one day..
kebetulan ada pla penyewa rumah tu trn n join the club..dia tggu masa nk approvekan tarikh kawinn..
so sweettt..hehe..pastu masuk pla crita tawaran lamaran, haa..mmg beruntung la kan akak tu, bak kata "first come, first serve"..kata eza..haha..jeles gak tu kunun, sehh..hehe
so, nk dapat berkat kunun, suma la pas2 sentuh menyentuh mula dari katty memegang akak tu, pai la mentransfer kat raudah..haha..tp bg ak, ak percaya dgn ketentuan Allah..n ak redha..
huhu..LoVe My Friends..
last skali, bila nk tggu balik...
mula la kuar ngan cerita mcm2..bergelak ketawa..smpai la kuar istilah:
<>
KeJu
DaMeX
MelLan
DaBy
ZaDin
SiUs
<>
????
nama gelaran sebenarnya..PLus with SomeonE...haha
saja ja gurau2..tp best..hehe
nak dekat jam 9.00pm cm tu, akak pun da siap kerja mencuci,
kaka nak antar kami suma balik, memandangkan bas xda masuk KF mlm2,
jdi itu ja la jalannya..yg jadi masalah, kami 6 orang cmpur kaka da 7 org..suma sumbat masuk dlm kancil akak yg comel..huhuhu
mmg mcm Sardin gak la..
kseian kreta akak..makasih kak bab sudi hantar kami..
mell pla tepaksa dukung katty kat depan,
smpai saat ak ngan raudah nk turun bb da smpai, katty pai tegolek ats aspal..hehe
sweet moment ever (n_<)


* antara model2 yg beraksi..hahaha
< penamatnya..ni la hasilnya..huhu..Kek Batik yg sedappp>
kesimpulannya hari ni, mmg agak penat..penat ketawa..huhu
but, i love my friends..Thanks To Kak Dayang bb baik sgt..rindu nak jumpa akak jugak, cuma x berkesempatan..ri ni la kesempatannya..
And thanks to all participant..hehe..kengkawan ku kerana menjadikan hari ni gamat n penuh keceriaan..
thanks to all...(n_n)*
Posted by Pelangi Jingga Ku at 9:16 PG 0 comments
Sabtu, 31 Mac 2012
Pelaris makanan..Watch Out ok!!!
Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris-
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.
(Tolong sebarkan untuk pengetahuan orang lain)
Posted by Pelangi Jingga Ku at 8:53 PTG 0 comments
Truth aBout April Fool's
April Fool’s Day : Penghinaan Terhadap Agama Islam
Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama bertapak di sana telah menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghapuskan orang Islam. Maka tersebarlah berita bahawa orang Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri mereka dengan menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu benar mereka sendiri pergi menyiasat adakah berita itu benar.
Setelah pasti dengan khabar berita itu, maka beramai-ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan mereka boleh menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan menghapuskan umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak pada tanggal 1 April. Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam.
Namun malangnya tarikh ini disambut juga oleh sesetengah umat Islam di seluruh dunia. Banyak sejarah April Fool yang dipaparkan di dalam internet hingga ke akhbar untuk mengingatkan umat Islam bahawa April Fool ini tidak digalakkan dalam Islam.
Sejak dari dahulu lagi, terutamanya pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, budaya April Fool ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Setiap tahun menjelang 1 April, ramailah yang menjadi mangsa dari sambutan April Fool. Bukan mangsa bunuh ataupun rompakan tetapi mangsa kepada mereka yang suka mengenakan dan menganiayai orang lain. Sedangkan Islam sangat melarang kita menganiayai orang lain dengan niat yang jahat. Muka diconteng, barang disorok dan sebagainya menjadi kebiasaan pada hari April Fool.
Dari sini kita boleh ketahui apakah relevan dan faedahnya dengan April Fool ini. Menganiayai, menipu, menghina, menyakitkan hati, dan perasaan orang lain, semuanya buruk dan tidak berfaedah tentang April Fool. Sepertimana firman Allah yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil-memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah keimanan. Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya.”
Surah Al-Hujurat: 48
Namun mengapa ianya terus menerus disambut dan dilakukan oleh sebahagian masyarakat Islam terutamanya di Malaysia. Rakyat Malaysia sememangnya banyak terdedah dengan budaya Barat yang telah lama bertapak di Malaysia sejak dari dulu lagi. Valentine’s Day dan sebagainya telah lama disambut di Malaysia dan umat Islam juga tidak terkecuali untuk menyambutnya. Kata mereka ianya nampak lebih moden dan cool untuk disambut.
Tanpa disedari, sambutan-sambutan sebeginilah yang akan menghancurkan dan merosakkan maruah umat Islam sedikit demi sedikit. Bayangkan sekiranya sejarah pembunuhan umat Islam pada 1 April di Sepanyol itu adalah sejarah yang betul-betul mengaitkan kita dengan April Fool, maka apakah pandangan Barat apabila melihat umat Islam turut sama menyambutnya. Menyambut hari dimana kekejaman tentera Kristian terhadap umat Islam dan tipu daya yang telah dilakukan oleh mereka kepada umat Islam. Sudah tentu mereka menganggap umat Islam mudah terpadaya dengan tipu daya Barat sepertimana yang mereka anggap umat Islam telah diperbodohkan oleh mereka suatu masa dahulu. Adakah kita mahu dianggap oleh dunia seperti itu? Menjadi umat yang tidak tahu menjaga maruah agama sendiri.
Kesimpulannya, walau apa pun sejarah ataupun walau apapun yang terjadi pada 1 April samaada ianya berkaitan dengan agama Islam atau tidak, umat Islam tidak sepatutnya dan tidak harus menyambut dan membudayakannya kerana sudah jelas ianya berasal dari Barat dan tidak ada faedahnya. Umat Islam hendaklah berfikiran secara rasional tentang perkara-perkara ini kerana tujuan utama Barat adalah untuk menghapuskan dan menjatuhkan kedudukan dan maruah umat Islam di mata dunia.
Fikirkan dan renung-renungkanlah……..
Disediakan oleh,
Bahagian Dakwah,
Jabatan Agama Islam Selangor
*paste..
syuqron sudi mmbaca..TOLONG sebarkan!
Posted by Pelangi Jingga Ku at 8:41 PTG 1 comments
Selasa, 7 Februari 2012
Cara Mengetahui Si Dia Jodoh Dan Pasangan Kita
Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)
Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Posted by Pelangi Jingga Ku at 6:22 PG 0 comments
Bertindik Di Lidah Boleh Menyebabkan Otak Membengkak
Dahulu, kita hanya tahu fesyen bertindik hanya di telinga sahaja, tapi kini hampir semua bahagian di tubuh boleh ditindik. Tetapi jika anda ingin bertindik di lidah, cubalah fikir betul-betul sebelum bertindik.
Maklumat daripada pihak doktor mengatakan bahawa jika anda bertindik di lidah boleh meningkatkan risiko masalah otak membengkak. Arkib Neurology melaporkan bagaimana seorang lelaki berusia 22 tahun meninggal dunia akibat mengalami otak membengkak selepas beberapa minggu menindik di lidahnya.
Doktor lelaki dari Israel tersebut telah memberitahu bahawa terjadi jangkitan yang boleh merebak ke dalam aliran darah yang boleh membahayakan otak. Beberapa pakar mengatakan tindikan yang dilakukan di lidah lebih kerap menyebabkan gigi patah dan jangkitan mulut, tetapi kadang-kala turut memberi risiko kepada masalah jantunga.
Walaupun mempunyai risiko yang cukup mengerikan, menindik lidah tetap menjadi popular. Tambahan pula ia turut disokong oleh beberapa selebriti yang bertindik di lidah seperti Mel B Spice Girl dan ramai lagi. Namun sebaiknya anda harus berfikir berkali-kali sebelum memutuskan untuk mengikuti trend yang ada.
“Terdapat banyak potensi komplikasi jika melakukan tindikan lidah, mulai dari rasa sakit dan bengkak, bahagian mulut yang tercalar, gigi patah atau juga menderita akibat hakisan gusi dan pendarahan yang berpanjangan,” ujar Profesor Damien Walmsley, seorang penasihat saintifik dari British Dental Association, seperti dipetik dari BBC news.
Walmsley juga menambah bahawa bertindik di bahagian oral mempunyai risiko jangkitan yang cukup besar. Mesej yang paling penting adalah bertindik di kawasan oral sebaiknya dielakkan. Masalah yang berkaitan dengan tindikan di badan biasanya disebabkan oleh kebersihan yang tidak terjaga semasa prosedur penindikan dan rawatan di rumah yang tidak diperhatikan.
Seorang profesional piercing mengatakan jika menjaga kebersihan yang betul serta tepat dalam melakukan tindikan boleh mengelakkan komplikasi berlaku bagi pengguna yang menindik.
Posted by Pelangi Jingga Ku at 6:17 PG 0 comments
Langgan:
Catatan (Atom)